halaman kenangan keluarga kami..jika ada apa2 yang bermanfaat yang boleh dikongsikan dialu-alukan.

Sunday, July 12, 2009

SeLaMat PenganTiN BaRu

Ini adalah gambar kenangan perkahwinan kami yang berlangsung pada 8 jun 2009 baru-baru ini...gambar ini memberi kenangan yang cukup bermakna buat kami sekeluarga..

Aktiviti bergambar ini bermula pada pkl 6 petang....rasa macam duni a ini ana yang punya ni...hehehe...syukur kehadrat Illahi diatas penganugerahan ini.








doakan semoga kami bahagia sampai ke akhir hayat kami.semoga ikatan yang dibina ini sentiasa dibawah naungan Allah s.w.t...penuh dengan keharmonian dan kesejahteraan bak kata orang, KELUARGA SAKINAH, MAWADDAH WAR RAHMAH
Wassalam




KeLuaRgA BaHaGiA

Assalamualaikum....bersua kembali diruangan bisu tanpa kat ini...semoga ruangan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...
Keluarga bahagia merupakan keluarga dambaan setiap insan, jika ditanya tiada seorang pun yang ingin memiliki keluarga yang porak peranda , hilang arah tujuan dan jauh dari rahmat Allah...tetapi kenapa perkara tersebut terjadi juga dalam kehidupan seseorang...?
Untuk mengelak terjadinya perkara sedemikian dalam sesebuah keluarga,setiap ahli keluarga perlu memahami akan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ini kerana tugas dan tanggungjawab sebelum dan selepas berkahwin tidak sama..tanggungjawab yang harus dipikul amat berat sekali....suami perlu bertanggungjawab diatas setiap perlakuan yang dilakukan oleh isterinya..maka perlulah bagi setiap suami dan isteri itu mengetahui apakah hak-hak dan tanggungjawab setiap suami dan isteri.
Hak2 suami adalah sebagaimana berikut :

1. Suami adalah pemimpin rumah tangga
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita)..”(An-Nisa’: 34)

2. Suami dipatuhi dan tidak boleh ditentang

3. Tanpa izin suami, isteri tidak boleh mensedekahkan harta suami, dan tidak boleh berpuasa sunnah.

4. Suami harus dilayani oleh isteri dalam hubungan badan kecuali uzur, dan isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya. Rasulullah saw bersabda:
“Isteri harus patuh dan tidak menentangnya. Tidak mensedekahkan apapun yang ada di rumah suami tanpa izin sang suami. Tidak boleh berpuasa sunnah kecuali dengan izin suami. Tidak boleh menolak jika suaminya menginginkan dirinya walaupun ia sedang dalam kesulitan. Tidak diperkenankan keluar rumah kecuali dengan izin suami.” (Al-Faqih, 3:277)

5. Menyalakan lampu dan menyambut suami di pintu

6. Menyajikan makanan yang baik untuk suami

7. Membawakan untuk suami bejana dan kain sapu tangan untuk mencuci tangan dan mukanya8. Tidak menolak keinginan suami hubungan badan kecuali dalam keadaan sakit
Rasulullah saw juga bersabda:
“Hak suami atas isteri adalah isteri hendaknya menyalakan lampu untuknya, memasakkan makanan, menyambutnya di pintu rumah saat ia datang, membawakan untuknya bejana air dan kain sapu tangan lalu mencuci tangan dan mukanya, dan tidak menghindar saat suami menginginkan dirinya kecuali ia sedang sakit.” (Makarim Al-Akhlaq: 215)
Rasulullah saw juga bersabda:
“(Ketahuilah) bahwa wanita tidak pernah akan dikatakan telah menunaikan semua hak Allah atasnya kecuali jika ia telah menunaikan kewajibannya kepada suami.” (Makarim Al-Akhlaq:215)

Hak-Hak Isteri
1. Isteri sebagai sumber sakinah, cinta dan kasih sayang. Suami harus menjaga
kesuciannya. (QS Ar-Rum: 21)

2. Isteri harus mendapat perlakukan yang baik
“Ciptakan hubungan yang baik dengan isterimu.” ( Al-Nisa’ :19)

3. Mendapat nafkah dari suami

4. Mendapatkan pakaian dari suami

5. Suami tidak boleh menyakiti dan membentaknya
Pada suatu hari Khaulah binti Aswad mendatangi Rasulullah saw dan bertanya tentang hak seorang isteri. Beliau menjawab:
“Hak-hakmu atas suamimu adalah ia harus memberimu makan dengan kwalitas makanan yang ia makan dan memberimu pakaian seperti kwalitas yang ia pakai, tidak menampar wajahmu, dan tidak membentakmu” (Makarim Al-Akhlaq:218)
Rasulullah saw juga bersabda:
“Orang yang bekerja untuk menghidupi keluarganya sama dengan orang yang pergi berperang di jalan Allah.”. (Makarim Al-Akhlaq:218)
“Terkutuklah! Terkutuklah orang yang tidak memberi nafkah kepada mereka yang menjadi tanggung jawabnya.” (Makarim Al-Akhlaq:218)

6. Suami harus memuliakan dan bersikap lemah lembut

7. Suami harus memaafkan kesalahannya
Cucu Rasulullah saw Imam Ali Zainal Abidin (sa) berkata:
“Adapun hak isteri, ketahuilah sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjadikan untukmu dia sebagai sumber sakinah dan kasih sayang. Maka, hendaknya kau sedari hal itu sebagai nikmat dari Allah yang harus kau muliakan dan bersikap lembut padanya, walaupun hakmu atasnya lebih wajib baginya. Karena ia adalah keluargamu Engkau wajib menyayanginya, memberi makan, memberi pakaian, dan memaafkan kesalahannya.”
kesimpulannya...jagalah hak2 dan tanggungjawab diantara kita agar hubungan suci yang terjalin antara suami dan isteri akan kekal sampai keakhir hayat dan insyaAllah berterusan kesyurga Allah s.w.t. kerana Syurga adalah matlamat @ destinasi terakhir yang ingin dicapai oleh insan yang beriman di dunia ini...semoga kita mencapai cita-cita kita untuk menuju kesana...InsyaAllah..Amiiiiin.

Friday, July 10, 2009

SALAM UKHUWWAH PENUH MAHABBAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SELAWAT DAN SALAM DITUJUKAN BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN SELURUH AHLI KELUARGA BAGINDA PARA SAHABAT2, TABII DAN ITBA' ATTABII YANG BANYAK BERJASA KEPADA AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI..INI KERANA TANPA BAGINDA S.A.W. KITA TIDAK AKAN BERADA SEBAGAIMANA KITA BERADA SEKARANG INI, KITA TIDAK AKAN DAPAT KECAPI NIKMAT IMAN DAN ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. BERSYUKUR LAH KITA KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA KITA DILAHIRKAN DALAM KEADAAN YANG AMAN DAN MAKMUR, DALAM KEADAAN KITA SUDAH BERADA DALAM SUASANA MASYRAKAT YANG TELAH PUN MEMELUK ISLAM. CUBA KITA RENUNGKAN SEJENAK, BETAPA RAMAINYA SAUDARA-SAUDARA KITA SEDANG BERMANDIKAN DARAH UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH DAN AGAMA SUCI INI DI NEGARA MEREKA.


SALAM PERMULAAN DIHULURKAN BUAT PEMBACA RUANGAN BISU TANPA KATA INI. RUANGAN INI DIWUJUDKAN BERTUJUAN UNTUK MEWUJUDKAN PERKONGSIAN MAKLUMAT, PERINGATAN ATAU MAUIZAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN KELUARGA. MUDAH-MUDAHAN IA DAPAT MEMBERI SEDIKIT MANFAAT YANG BERGUNA KEPADA KITA SEMMUA..WASSALAM...UMMI...