halaman kenangan keluarga kami..jika ada apa2 yang bermanfaat yang boleh dikongsikan dialu-alukan.

Monday, August 10, 2009

Imbasan Sejarah

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
i) Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
ii) Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
iii)Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
iv)Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semuaLaporan Rahman Talib dan Akta

Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
i) Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
ii) Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
iii) Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
iv) Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
v) Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
vi) Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhanCiri-ciri

Laporan Kabinet 1979
i) Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
ii) Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
iii) Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
iv) Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
v) Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
vi) Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhanRang

Undang Undang Pendidikan 1995
i) Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
ii) Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
iii) Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
iv) Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
v) Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
vi) Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Penyata Razak (1956)

Penyata Razak (1956)
Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957

Tujuan Penyata Razak adalah
1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan